Tuesday, September 16, 2014

liebster award part 2...

hi....
kali ni aku dpt dr norasyimah saifullah...



soalannya adalah seperti berikut...


1 Siapa nama Ibu Nabi Muhammad?
aminah binti wahab bin abdul manaf

2  Siapa nama Ayah Nabi Yusuf ?
nabi ya'akub a.s

3 Nabi Isa akan diturunkan di mana dan Baginda membunuh siapa?
nabi isa akan diturunkan di bumi & membunuh dajjal...


4  Nama dan sifat sifat Iman Mahdi beri dua sifatnya?
iman mahadi sebenarnya adalah sebuah "nama gelaran" sebagaimana halnya dengan gelaran khalifah, amirul mukminin dan sebagainya. Imam Mahdi dapat diertikan secara bebas bermakna "pemimpin yang telah diberi petunjuk" Dalam bahasa Arab kata Imam pemimpin, ataupun Mahdi orang yang mendapat petunjuk Nama Imam Mahdi sebenarnya seperti yang disebutkan dalam hadis di atas, ia bernama Muhammad (seperti nama Nabi Muhammad S.A.W, nama bapanya pun sama seperti nama bapa Rasullullah S.A.W, iaitu Abdullah. Nama Imam Mahdi sama dengan Rasulullah S.A.W. iaitu Muhammad bin Abdullah.
sifat imam mahadi berhidung mancung, ujung hidungnya tipis, bahagian tengahnya menonjol...




5  Bagi tempat keluarnya Iman Mahdi?
ibnu katsir rahimahullahu mengatakan; 'munculnya nnt di akhir zaman...dan saya kira keluarnya adalah sebelum turunnya isa bin maryam sebagaimana ditunjukkan oleh hadits2...

6  Berikan 25 Nama Nabi?
adam, idris, nuh, hud, salih, ibrahim, luth, ismail, ishaq, ya'akub, yusuf, ayub, syuib, musa, harun, zulkifli, daud, sulaiman, ilyas, ilyasa yunus, zakaria, yahya, isa & nabi muhammad saw...


7. Berikan 2 sifat sifat Ya'juj Dan Ma'juj?
Ciri utama mereka adalah perosak dan jumlah mereka yang sangat besar sehingga ketika mereka turun dari gunung seakan-akan air bah yang mengalir, tidak pandai berbicara dan tidak fasih, bermata kecil , berhidung kecil, lebar mukanya, merah warna kulitnya seakan-akan wajahnya seperti perisai dan sifat-sifat lain.


8  Berikan 2 sifat sifat Dajjal?
dia akan fizikalnya berbentuk cacat, & akan buta pada mata kirinya...mata kanannya akan berkini tetapi ia akan jadi gelap (hitam)... dlm sebilangan hadis dia dirujuk sebagai makhluk satu mata...dia akan menunggang keldai putih dimana setiap langkah akan dibentang sebatu, akan makan api & menghembus asap, terbang atas tanah & menyeberang laut.ia akan menipu para imam, mengajar mereka bahawa syurga ialah neraka & sebaliknya...

9  Berikan 12 tanda tanda kecil kiamat?
penaklukan Baitulmuqaddis, zina bermaharajalela, bermaharajalela alat muzik, menghias masjid & membanggakannya, munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik, ramai orang soleh meninggal dunia, orang yang hina mendapat kedudukan terhormat, mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja, banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang, bulan sabit kelihatan besar, banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita, manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda...

10 Berikan 5 tanda tanda besar kiamat?
gempa bumi di Timur, gempa bumi di Barat, gempa bumi di Semenanjung Arab, dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir, binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt...

11 Berikan 5 tanda tanda terakhir hari kiamat?
3 kali tiupan sangkakala, terbelahnya bukit bukau, matahari terbit sebelah barat saat itu taubat manusia tidak diterima lagi..

sekian...



love, 
mummy princess

No comments:

Post a Comment